Hi everyone . Welcome aboard. Thank You for visiting my site , Feel Free To Drop Your Comment

LOVELY FOLLOWER

button follow

Flag Counter

Thursday, 7 May 2015

Travel : Tanjung Piai, Johor

#HashtagTravel

Entry ni sepatutnya publish hari Ahad lepas iaitu bersamaan dengan cuti Hari Wesak. Unfortunately, dugaan menimpa terhadap 3 pin cable laptop aku. Haih, terbang melayang RM18

 -_-

Okay back to the title. Ahad hari tu me n my abang pergi ke Tanjung Piai. Entah kenapa boleh tetiba teringin nak pergi sana pun tak tau lah. Oh yeee, ni idea abang saya ye. Mungkin atas faktor rasa ingin tahu dan nak sangat jejak kaki kat tempat yang dikatakan penghujung benua Asia a.k.a. southernmost tip yang dah memang ada ada kat Johor, so why not kitorang pergi. Maka bermula lah perjalanan kami dari umah abang kat Pulau Indah, Johor. Perjalanan dalam masa sejam je menghala ke Kukup @ Pontian, tak pun sila cari papan tanda ke Tanjung Piai, kalau payah nauuu follow navigation je.

Dan ketentuan Ilahi telah menemukan aku dengan Pensyarah subject E-Tourism (pensyarah bertanggungjawab yang menginginkan kami cipta blog ni) iaitu Cik Nor Akashah yang tengah buat respondent survey kat situ.

*sorry cik, tak de gambar dengan cik. Risau nak kacau cik busy tengah buat tugasan.

*********************************************


Tanjung Piai ni merupakan salah satu taman negara di Johor. Dan telah di wartakan sebagai tapak Ramsar.

Dia buka start jam 9.00 pagi.

Tanjung Piai ni juga merupakan hutan bakau.

Bergambar sebelum masuk. Gambar dia (abang sayeee) sesaje yang lebih. =,=

Tiket boleh didapatkan dengan harga RM5 untuk dewasa.

Masa kat kaunter mintaklah map kawasan taman negara tu pada akak/abang jual tiket. 
Bukan apa, untuk memudahkan perjalanan anda melawat kawasan ^_^


REMINDER!!
Kalau bawa beg sila berhati-hati sebab ada monyet dan saudara mara nya yang menyambut kedatangan anda di pintu masuk.
Especially plastic
Jangan cuba-cuba tayang ada yang melayang nanti.

Tempat wajib bergambar.


Anda akan berjalan di jambatan sebegini sepanjang berada dalam kawasan tersebut. 
Pandangan anda akan dipenuhi dengan keindahan alam semulajadi.
Sini banyak nyamuk, so kalau bawa anak kecil fikirkanlah apa yang sewajarnya.

selpie sekotak.


Di sini terdapat kemudahan bilik air, papan informasi, menara pemerhati (sesuai untuk yang nak tengok burung guna microscope, telescope, stethoscope scope sampah ke ape) dan papan tanda arah. 
Hati-hati berjalan terutamanya lepas hujan sebab laluan tu diperbuat daripada kayu dan agak licin permukaannya + tali penghadang tepi laluan tu takdelah safety mana pun because I believe it built like that in order to keep "your relation" with the nature

Tg. Piai ni juga merupakan lokasi favorite para pemancing ikan. 
So bawa la joran sendiri kalau berminat. 
Sambil jalan tu, mungkin juga anda akan terserempak dengan haiwan lain contohnya biawak.

Tapi sayangnya pada tarikh yang kitorang pergi ni, renovation sedang dijalankan kat laluan menuju ke globe besar tu haaa. Katanya jambatan kat situ dah mendap sebab hakisan air. 
Ishh! Padahal situ adalah lokasi wajib bergambar. Ruginya rasa.... =,=

Nampak tak laluan tu dah mendap ke bawah sangat dah.


Muka sedih tak dapat nak pergi ambil gambar kat globe besar tu.

Kat sini anda akan nampak kapal-kapal yang melalui selat ni dari jauh. 
So jangan terkejut kalau korang tengah berdiri kat situ, tiba-tiba paras air naik mendadak, tu semua punca dari kapal. Oh ye, check handphone ye, takut-takut tertukar line Singapore pulak nanti.

Sewaktu cuaca cerah, Pulau Kerimon, Indonesia juga dapat dilihat dari pelantar ini.- Adnan Abd Jamil

Ni tapak semaian pokok bakau.


Memandangkan jalan ditutup! 
So aktiviti pusing-pusing menikmati keindahan alam semulajadi kitorang pada haritu cuma sejam sahaja.


Bye, Insya Allah kalau dah siap renovation dan ada masa kami datang lagi in future.



Secara kesuluruhannya tahap kepuasan kat tempat tu 3/5 shj.

Pandangan peribadi:
1. Papan tanda: Papan tanda arah yang disediakan dah okay, cuma info tu kurang menarik sebab dia cuma target pada pemahaman orang dewasa shj sebab penuh dengan bahasa saintifik.

2. Tahap Kebersihan: Yang ni tak taula kalau memang sengaja nak tunjukkan bukti yang fungsi pokok bakau adalah memerangkap sampah. Banyak nau botol-botol, tayar, plastik yang dibiarkan tersangkut kat celah-celah akar pokok tu. 

*Bukan nak mengharap kebersihan yang tip top sebab tempat tu sememangnya aku faham adalah kawasan hutan dan berlumpur.

3. Keselamatan: Buat yang bawa budak kecil, sila ambil langkah berjaga-jaga lebih sebab penghadang yang dibuat safety untuk dewasa shj. Jangan biarkan anak anda berlari berkejaran. Mencegah lebih baik daripada merawat. ^_^





SAMPAH

Sebenarnya isu sampah ni tak boleh kita bebankan kat satu pihak shj. 
Sebenar2nya, setiap orang kena ambil peranan. 
Kalau kita tak amalkan buang sampah merata-rata, 
maka tak wujudlah sampah terdampar bersepah sana sini. 
Kalau sibuk nak tuding jari, sampai ke sudah isu ni tak selesai.



Wassalam



NOTA KAKI: Deq non cuma terfikir apa agaknya pandangan pelancong luar yang datang kat situ bila tengok apa yang kami tengok ni. Mau nye dia ingat sampah sarap tu as tumbuhan parasit yang unik which only can be found at MALAYSIA. 
ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH ! :)

No comments:

Post a Comment

Aisyah Says: Hi handsome and beautiful. I really appreciate your comment. TQ

View this post too:

2leep.com