Hi everyone . Welcome aboard. Thank You for visiting my site , Feel Free To Drop Your Comment

LOVELY FOLLOWER

button follow

Flag Counter

Saturday 2 May 2015

Travel: Penang Assigment Trip

Abaikan jika tajuk agak tunggang langgang.

"Percutian" diteruskan lagi dengan melawat ke negeri Pulau Pinang, Pulau Mutiara selama 4 Hari 3 Malam.

Travel kali ini lebih kepada untuk menjalankan kajian untuk 2 subjek kami semester kali ini iaitu subjek Academic Writing & TITAS. 2 buah bas digunakan dan melibatkan 2 buah kelas iaitu pelajar Ijazah Sarjana Muda daripada Jabatan Pelancongan Hospitaliti (JPH) dan Jabatan Rekabentuk Komunikasi Visual (JRKV)


DAY 1:

Perjalanan dimulakan dari Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Bahru pada jam 8 pagi. Perjalanan mengambil masa 13 jam dengan beberapa kali berhenti di R&R iaitu Machap & Tapah. Terasa agak penat walaupun bukan kitorang yang memandu. Perjalanan terasa panjang, sebabnya dah berapa kali tidur pun bila terjaga stil tak sampai lagi.

Separuh perjalanan kami dikhabarkan tentatif kami dirombak 100%. Pada asalnya kami sepatutnya bermalam di Politeknik Seberang Prai, ditukar bermalam di EQ Hotel & KK Eden Hotel bertempat di Batu Feringgi. Like seriously pada mulanya agak terkejut gila sebab tu adalah hotel bajet bertaraf macam rumah tumpangan =,=

Malam pertama kami diberi peluang free and easy. Tak banyak benda pun nak dibuat sebab dah malam sangat. Oh ya! Aku sebilik dengan Eiha.




Malam tu kitorang cuma keluar makan je; aku - eiha - ejah - y - yana


DAY 2:

Rasa macam terrible sangat, sebab bus driver kitorang tersangatlah kerek.
Tentatif hari kedua dimulakan dengan melawat Thai Buddhist Temple (Wat Chaiyamangalaram) dengan Burmese Buddhist Temple. Lokasi dia berhadapan satu sama lain je.
Disebabkan tak berkaitan langsung dengan kitorang punya kajian, aku pun cuma ambil gambar bangunan ni semua macam saja ambil gambar suka-suka time melancong. Sebab memikirkan yang memang tak lah aku nak datang Penang semata2 nak melawat temple ni.




Lepas habis bergambar dalam sejam lebih. Driver bus teruskan perjalanan lepastu dia drop kitorang dekat Fort Cornwallis JER. Lepas tu pandai-pandai la kitorang pergi sendiri muzium ke pe benda SDN BHD =,=



Memandangkan tengah lapar dan tak dapat breakfast voucher pagi tu, kitorang pun decide nak makan kat  Fort Cornwallis. Terkejut jugak pagi-pagi dah hidang nasi campur terus. Kerana lapar terpaksa ku relakan diri makan.


Mula-mula jalan berkumpulan. Tapi bila dah masuk part nak bergambar dekat street art. Masing-masing hilang tah ke mana. Hari makin panas matahari dah makin terik, faham jelah Penang ni penuh dengan bangunan semata-mata. Akhirnya kami berlima decide nak join group Lecturer pengiring Cik Hanis dengan Encik Faiz sebab diorang cakap diorang nak naik bas Rapid Penang free city tour. Mula-mula ingat nak naik Hop On Hop Off, tapi nak menunggunya kemain jenuh naik jela yang free.

Tengahari tu pulak, kitorang makan sekali lagi kat Fort Cornwallis sebab memang asalnya dah decide akan kumpul balik kat situ jam 3 petang. Tengahari tu kitorang try pekena Mee Sotong sebab dengar-dengar menu tu recommended kat situ waktu tengahari. Sambil tu minum cendol. Luckily Cik Hanis lecturer yang comel serta baik hati seiras dengan Siti Nurhaliza katanya, dengan bermurah hatinya belanja kitorang air yang di order.



Makan punya makan tak sedar diri tu tamak akhirnya mee sotong tak habis, sebab sisa kekenyangan makan nasi pagi tadi still berbaki. Lepas makan naik bas, balik ke hotel semula.


Petang tu pula, kitorang pergi pantai saja join budak-budak kelas bersuka ria main air. Aku takat celup-celup kaki je. Time tu nampak sangat yang budak kelas kitorang ni jenis mudah terhibur sebab cepat have fun, pantai tu dah macam diorang yang punya. Berbeza dengan kelas satu lagi yang aku perasan diorang main air tu dalam keadaan silent mode tapi masih nampak gaya nak gelak ketawa.

Balik pantai tu dah petang, disebabkan malas nak naik bilik pastu keluar semula. Kitorang berlima pergi makan lepas tu barula kitorang pergi merayau kat night market. Tapi macam biasala tempat pelancongan takkan meriah kalau bukan time weekend. Agak ha ha hambar.

Sempat jugak aku grab 1 helai baju lengan panjang dengan harga RM28 as souvenir. Well aku ni jenis tak berkira sangat. asal dapat yang cantik dan hati aku senang aku beli je apa yg aku nampak.
Malam aku berakhir dengan tido.


DAY 3:

Pagi kalini kitorang yang duduk dekat hotel KK Eden berpeluang utk dapat Breakfast Voucher hotel budak EQ. Menu dia biasa je, tapi cukupla menghilangkan rasa lapar.

Once again!
Pagi kitorang dimulakan dengan tentatif melawat Temple bukan nak melawat masjid ke hape =,=
Kek Lok Si Temple.
muka bangga berjaya mendaki tangga

dah separuh jalan pe lagi, turun la balik.

muka mereka-mereka yang kalah separuh jalan. tapi bangkit semula!

Dah sampai tu rugi pulak tak pergi, sebab fikir lepas ni memang tak nak pergi dah lagi tempat ni.
Maka bermula la exercise mendaki anak tangga. Berlecak la jugak ketiak dengan dahi. Separuh pendakian jumpa la satu port untuk bagi kura-kura makan kangkung. Kemain harga kangkung RM1. padahal taklah banyak mana. Aku takat tengok je sebab aku tengok kekura situ dah gemok sakan. Sambung daki anak tangga lagi, nampak la orang mengemis kat bahu jalan tu. Aku tak layan pun. Dan akhirnya aku berhenti, sebab diorang cakap kalau nak naik lagi paling atas kena bayor. Tak nak la aku bersubahat, bayar mahal lepastu duit tu nanti dia buat untuk besarkan temple. Cukupla aku dapat ambil gambar mana yang patut.

Lepastu travel diteruskan ke Penang Hill aka Bukit Bendera.
(ni kali kedua aku pergi, so excited tu dah kurang)

habis aku halau semua orang demi nak bergambor depan pintu gerbang

buat perangai masa menunggu nak naik train =,=

Ku kunci cinta kalian kat padlock belakang tu.



Dimulakan dengan ambil gambar kat pintu gerbang, urusan tiket dah diserahkan kat diorang, bayar RM4 sorang. Beratur sambil bising beramai-ramai sementara tunggu nak naik ketapi tu. Masa nak naik agak scary, bukan scary terhadap ketinggian tapi scary sebab risau terpeluk tourist akibat inertia (siapa belajar fizik akan faham) dahla aku tengah berdiri. Sepanjang kat atas tu takat ambil gambar jela. Ok 1 experience baru buat aku adalah kitorang berlima naik buggy. RM30/buggy so collect sorang RM6. Buggy ni best jugak sebab dia bawak kita naik lagi tinggi yang sememangnya kita malas nak jalan sendiri. Banyak rumah orang kaya Malaysia kat situ rupanya. Antara pos malaysia yang lama pun ada

Masa naik buggy, masing-masing muka penuh frame ^_^

tukang bawak buggy tu claim pos ni antara pos yg lama ada kt Penang/ Msia


Dalam pukul 12.30pm kitorang dah start beratur nak naik ketapi turun balik. Aku dengan excited terlebih meluru je masuk gerabak yang paling bawah sebab pikir nak tengok pemandangan dari dalam tren bila nak turun. Boleh pulak terlupa kat Eiha, Ejah, Y n Yana. =,= nasib la satu gerabak dengan Thaqif, Syamil n sape tah. Merasa lah jugak aku melekat kat cermin gerabak tu. *mehh

On the way balik singgah lunch kat Queensbay Mall. Aku takat makan takoyaki je. Tak selera nak makan kat food court.

Petang tu pulak, Eiha dengan gigihnya pengaruh untuk main pantai. Ingat nak balik lepastu, tapi ada yang ngajak naik boat untuk tengok sunset. RM10 sorang. Sunset cantik! Ciptaan Allah SWT kan :).
Orang bwk boat tu cakap, pagi tu ada dolphin. Ok mmg xde can la nk tgok.
Otw nak balik, berpengalaman la merasa boat habis minyak berhenti tengah laut. KAU RASA???
dalam setengah jam jugakla tersadai. Istighfar je time tu, tengah laut tu kan tempat "mereka".

Lepas "nightmare" tu kitorang balik bilik mandi. Pastu keluar makan kol 9pm. Konon-konon nak overnight. Last-last lepas makan pusing-pusing night market jap pastu gi borong jeruk madu pak ali memasing meluru gi balik bilik =,=

Kemas-kemas barang sebab esok paginya nak gerak balik JB dah.

DAY 4:
Berkumpul pukul 9 am.
Harini breakfast roti dengan tuna je, tu pun beli sendiri.
Lepas check out masuk bas. Terus gerak meninggalkan Batu Feringgi.
Bas gerak, aku pun gerak untuk tidur. Kroih sana sini tengok2 dia berhenti kat jeruk madu pak ali kat seberang rasanya. Entah bila masa dah rentas jambatan, aku pun tak sedar.
Borong la sikit sebab aku tengok price kat situ jauh lagi murah berbanding yang budak2 ni beli kat area batu feringgi tu.

Sambung tidur balik sampai la berhenti kat R&R Tapah untuk lunch dengan Zohor, sekali lagi aku terlepas nak tengok Terowong pulak =,=

Akhirnya sampai JB kol 10pm. Time nak balik rasa kemain laju...

Penyudahnya assignment tak berjalan pun sebab takda kaitan langsung sepanjang trip ni. Trip ni ibarat jalan-jalan je lebih.
Driver bas kerek, ikut suka hati dia.
Drama anak mami, pengusaha watersport kat pantai batu ferringgi yang berlagak samseng.



ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH ! :)

No comments:

Post a Comment

Aisyah Says: Hi handsome and beautiful. I really appreciate your comment. TQ

View this post too:

2leep.com