Assalamualaikum.
Last week on 23-25 April 2015 I went to Pangkor Island with my siblings. Akak n Abanglan.
Trip ni lebih kurang trip last minute planning sebab decided on 22nd April.
Kebetulan Ecah tengah cuti mid semester masa tu, so Akak n Abang pun ambil cuti.
Tanpa berfikir panjang, setuju jela join trip ni. lagipun Akak n Abang yang belanja.
Tinggal bawak diri sendiri je :-P
Enjoice the picture...
DAY 1: Arrival Day
Perjalanan adalah dalam 3 jam lebih dari Puchong,
sebab Ecah n Abang dari JB pergi Puchong dulu untuk pick up akak kat rumah dia,
Kitorang keluar kat exit Bidor then lalu jalan
dalam menuju ke jeti Lumut.
Sampai je kat je Jeti kitorang melilau cari parking, hasil bantuan peniaga kat situ diorang suggest beli pas harian untuk parking, sebab kalau nak parking kat 1 medan parking ni dia kira 60 sen per hour. *Mati la nakkk.
So beli la kupon RM3 per day.
Dah siap parking weolss pun pergi la ke jeti lumut tu nak beli tiket feri,
tapi sebelum weolss sempat beli sendiri, weolss telah di approach oleh agent yg setia menanti pelanggan kat situ. Dia pun tanya lah nak pakej itu ini tak. Then abang yg sememangya cerewet pun mula tanya itu ini dan membandingkan dengan pakej yang dia tengok dari tenet.
Dipendekkan cerita, weolss setuju untuk purchase hotel sahaja dari dia.
Pilihan kami adalah Nipah Waterfront, sebab harga dia agak affordable n lokasi dia best.
FYI harga yang kami dapat masatu RM120 utk first night,
next following night punya price RM150 sebab weekend punya price.
Harga tiket feri pulak RM10 pergi-balik. make sure simpan tiket elok2 taw.
Resort kami betul-betul menghadap laut,
dan kami dapat bilik family dengan katil king + extra bed.
Quite ok la, sebab kami dpt bilik yang boleh dikitakan puas hati
sebab dapat ngadap laut dan bilik kami tinggi.
Masa kat dalam feri.
Tengah kebuluran bin kelaparan so makan kudap-kudap aka kacang jelerrr.
Sesudah check in, kami pun pergi la main air!
Tapi yang excited nya adalah both my abang n akak.
=,=
Hari pertama boleh consider sebagai hari tak berapa best sebabnya tak ramai pelancong.
So Teluk Nipah totally kawasan MATI
Memandangkan kedai makan banyak bukak pukul 7pm ke atas,
kami pun menahan kelaparan dengan makan sepasu aiskrim pasu kongsi bertiga petang tu.
Tengok macam sedap kan? Tapi sebenarnya TAK! tapi sebab lapar, telan la jugak.
Orang Pangkor ni memang tak lokek dengan seafood, tapi sayangnya tak pandai masak. Mintak udang sambal dibaginya kita udang paprik. Malam pertama berkahir dengan kroihhh.
DAY 2: Snorkeling Day
sebelum pergi snorkeling, weolss pergi breakfast dulu,
Makan Laksa + Nasi Lemak + Cekodok Pisang.
nasi lemak again, tak sedap!
Kami berjaya dapat snorkeling package + island tour dengan harga RM50 satu bot.
Kalau ikutkan snorkeling sahaja RM15/person.
Kami ambil bot yang kecil je sbb kami 3 orang je pun.
Dibawa ke 3 pulau iaitu monkey beach, batu bentuk ikan paus, batu bentuk buaya nak mendarat n then kami dibiarkan suka hati nak buat snorkeling berapa jam sekali pun. lepastu inform dia bila kita dh ready nak balik.
Memandangkan dah lama tak snorkeling, berdebar jugak la rasa hati.
3 beradik, sama tak muka weolss?
ni my Akak, dia tak reti berenang, sebab tu tak lepas tali tu dipegangya =,=
sangat tak confident walaupun dah pakai life jacket.
dah habis snorkeling weolss dibawa ke pulau yang sama tapi belah belakangnya. kat sini lebih kepada saja santai2 main air yang ombak tak berapa mengganas.
sempat lagi sental satu cup maggi kat pulau tu sebab lapar.
bla bla bla. Balik bilik bersihkan badan, lepak jap pastu petang tu kitorang pergi makan.
kali ni kitorang makan nasi ayam SEDAP!
lokasi kedai dia kat depan area van taxi menunggu. Betul-betul menghadap laut.
Kedai dia biasa je. RECOMMENDED sangat2.
Malam nya pulak kitorang makan lagi, kat area kedai hujung no7. 3/5 je rating yang mampu aku bagi,
Kat sini, peniaga kedai makan berniaga secara tak sihat, suka memburukan peniaga lain.
Beria cakap kedai dia paling da best siap ada lampu lip lap,
rupa2nya dalam kedai takde pun customer yang datang makan.
DAY 3: Balik Rumah la weyyy
Hari last, kitorang pergi breakfast dulu. Lepastu dalam pukul 10 lebih kitorang check out.
Sampai je kat jeti dalam pukul 11 lebih. Lepas tu akak n abang pergi memborong ikan bilis bagai kat Hasil Laut Tarmizi (kedai). Agak okayla price dia berbanding jamilah kot kedai jiran dia. Sebabnya Tarmizi ni boleh diskaun2 harga dia.
Perjalanan diteruskan ke Teluk Batik. saja singgah2. Ada juga kitorang pergi melawat ex sekolah abang n akak kat setiawan. fyi weolss ni dulu duduk kat Seri Manjung tu.
lepastu drop by my sis kat rumah dia. Pukul 10 malam, baru la kitorang gerak balik ke JB sebabnya Ecah ada kelas hari Ahad tu so kena la rushing malam tu jugak.
kesimpulannya,
percutian ni best sebab kitorang 3 beradik yang pergi,
that means sibling bonding tu exist masa trip ni.
yang tak best dari segi kepuasan makan dan snorkeling places tu.
sebabnya ikan xbanyak, coral tak terjaga dan masa tu cuaca tak berapa ok so air agak keruh.
lepastu trip ni xberapa best sebab ecah dah pergi termasuk kali ni 3 kali
sebab dulu eca belajar kat Politeknik Sabak Bernam,
so dekat je dengan pangkor.
No comments:
Post a Comment
Aisyah Says: Hi handsome and beautiful. I really appreciate your comment. TQ